Thursday, January 24, 2013

Brooch Colleozi

BLUEBLOOM  MODE







Brooch:
FRB01
 
 
FFB01

 
RR01
 
BLUE BLOOM MODE
RL01
 
FRB02


 
 Backside Of Brooch
 
Ada 2 jenis pin brooch:
1.Pin Badge
2.Standard Pin

 
 
 
Jika  buat tempahan,anda boleh pilih jenis ribbon,design dan jenis brooch..Price: RM 1
 
 

Wednesday, December 19, 2012

Mutiara VS Manik

  SEMPURNA..Seseorang itu akan dikatakan sempurna jika dia cantik,pandai
 atau handsome.Apabila seseorang itu dilabel "sempurna" dia seumpama magnet yang akan menarik perhatian dan akan menjadi "the heart of the class".Seseorang itu mungkin akan selesa dengan kedudukannya namun tidakkah dia sedar dia cuma dinilai  dengan rupa paras dan ilmu yang tidak seberapa itu.Ingat,Allah itu Maha Bijaksana.IlmuNya amat luas jika  dibandingkan dengan kita hambaNya .

Seorang sahabatku ini sering menasihati aku untuk menjadi seperti mutiara.Mutiara yang terlindung kecantikkan di dasar laut tambahan pula dikunci rapat oleh sang tiram.Dia juga selalu berkata yang wanita seperti mutiara akan mempunyai pemuda yang benar kasih padanya dan diibaratkan seperti penyelam yang sanggup bersusah payah hanya untuk mendapatkan sebutir mutiara yang indah.Bagaikan mutiara itu yang selalu diingatan ku apabila terdapat seglintir manusia seakan-akan menganggap aku seperti tidak wujud.Sedar akan hakikat itu,aku lebih gemar menyendiri dan sahabatku itu tidak putus-putus ingin mengukir senyuman di wajahku.Sekian lama,aku sudah masak dengan keadaan sebegini.Aku sedar akan tujuanku hidup untuk mendapat perhatian Illahi bukannya perhatian orang.Kadang-kadang apabila bersama insan-insan yang sering dipandang orang imanku akan diuji dengan ujian ketahanan tahap tinggi.Aku hanya mampu selawat dan istighfar memanggil-manggil cinta sejatiku di atas sana.Hanya Dia yang mampu meredakan kesedihan dihatiku ini.


  Istilah manik pula dikeluarkan untuk insan yang hanya dikenali kerana penampilan luaran sahaja bukan kerana  dalamannya.Sama juga dengan pemuda yang mencintai  wanita seperti manik,dia tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk  memilikinya.Diibaratkan dengan lambakan manik di dunia,begitu jugalah dengan lambakan wanita-wanita yang ingin berpura-pura ataupun mempunyai kecantikan yang "palsu".

Saudari-saudari yang disayangi jadikanlah dirimu seperti mutiara yang keindahannya hanya akan terselah kepada sesiapa yang mengenalinya sebaik mungkin.Kecantikkan hanya mampu dinilai oleh mata-mata yang tertentu sahaja.Bukan sebarangan insan dapat milikinya kerana dia sentiasa dalam jagaan Tuhannya.Berbanggalah anda jika anda sebutir mutiara di dunia ini...


Thursday, March 8, 2012

Hanya Sama Di SisiNya



      Assalamualaikum....minggu exam baru2 nie memang penat....AstaghfiruLLAH,ujian baru sedikit tapi keluh kesah ku mcm jeneral askar perang..Hehehe..Hidup ini memang mencabar dari semua sudut...Atas,bawah,kiri atau kanan mana-mana darjah sekalipun,mulut manusia nie memang suka mengkritik ciptaan Allah yang sudah kita ketahui tiada cacat celanya...Memang agak susah jikalau kita dikurniakan sesuatau yang  berbeza dengan orang lain...Antaranya ialah ketinggian,saiz badan ,warna kulit ataupun rupa wajah....Benda-benda ini lah yang selalu menjadi bahan ejekan untuk seseorang..Peliknya,kebanyakkan kita melihat ciptaan Tuhan dari mata nafsu bukanya mata hati ataupun mata akal...Akal yang diterima untuk berfikir bukanya menilai perwatakan seseorang yang tiada kena mengenanya dengan diri sendiri..

    Maksud yang tersirat dalam ayat "Hanya Sama Di SisiNya" ialah kita sama sahaja di sisi Allah tetapi yang membezakan darjat seseorang itu adalah amal ibadatnya..Nah,lihat kan....Allah itu Maha Adil...Kalau Sang Pencipta mengatakan setiap ciptaanNya sama tapi kenapa kita asyik membeza-bezakan setiap manusia yang hanya sama sahaja dengan diri kita..


          Cuba kita bayangkan kepompong yang tergantung di dahan sebuah anak pokok yang masih renek.Kepompong atau lebih dikenali sebagi pupae dilihat sebagai sesuatu yang tidak menarik hati kerana warnanya yang putih ataupun kadangkala pudar.Siapa yang menjangka akan keluarnya seekor kupu-kupu yang cantik warnanya terbang menghinggap bunga-bunga di taman.Hanya insan yang melihat dari mata hati akan mengatakan kepompong itu indah dan menarik hati kerana hasil ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.

Kupu -kupu sering menjadi sesuatu yang ingin disimpan tetapi kepompong??







Akhir kata,janganlah kita terlalu memikirkan pandangan orang terhadap diri kita.Apa yang penting,hidup di dunia ini dengan satu misi iaitu ke syurga yang kekal abadi.Di syurga nanti semuanya kan menjadi indah belaka sejuta kali indah daripada seekor kupu-kupu.wasallam

Tuesday, November 22, 2011

Salahkah??

                                                   AssalaMualaikum


 
Peristiwa yang bakal diceritakan ini memang mencabar keimanan dan kesabaran..Walaupun dah lama berlalu impaknya masih ada.Ceritanya bermula apabila ibuku membawa aku dan family pergi kenduri dekat-dekat Kedah la jugak.Aku Ok je ,pakai semua macam biasa.Dah sampai ja kat sana biasalah semua pasti terkejut tengok aku yang berlainan banyak nie.

Lepas dah makan tu,memang menjadi kewajipan la tengok bilik pengatin.Pemakaian stoking dah serasi dengan diriku ini.Masa buka kasut tu ramai yang perasan aku pakai stoking koko yang ada corak bunga.Ya Allah,aku dianggap seperti makhluk asing kat rumah kenduri tu.Bila aku lalu ja,mata depa mesti tengok kaki pasti buat muka pelik..Malunya...Aku buat salah ka?? Pakai stoking pun jadi masalah....Aku pun cuba buat-buat tak nampak je la...




Lepas kenduri tu,ramai la orang heboh cakap aku nie pelik la pakai stoking ,tudung labuh dan pakai sarung tangan...Yang muncul persoalannya kenapa yang benar itu menjadi pelik dan yang salah tu menjadi kebiasaan..Pembacaku sekalian janganlah melengahkan masa untuk bertaubat..Maut tidak mengenal erti kasihan,pada bila-bila masa dia akan  datang tanpa dijemput pulak tu..Kepada kawan-kawanku yang masing tersesat dalam hutan dosa,janganlah bimbang cahaya keampunan pasti muncul jika diri menginginkannya..Tak salah untuk berfesyen tapi jangan lupa tujuan sebenar kita di muka bumi ini..TIADA SESIAPA YANG SEMPURNA,SETIAP MANUSIA PASTI MELAKUKAN DOSA(termasuk saya) TIDAK KIRA TUA ATAU MUDA,KEIMANAN KADANG KALA AKAN TERUSIK JUGA..SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH DAN DISINARI CAHAYA KETAQWAAN..AMIIIN


Monday, November 21, 2011

Suka dia...Cinta Allah..Sayang kamu...

A  S  S  A  L  A   M  U  A  L  A  I  K  U   M




SUKA DIA

Dengan nama Allah...huh..Benda nie memang private la jugak tapi di atas niat berdakwah,apa pun boleh.InsyaAllah.Column nie cuma nak cerita pasal seorang budak yang memang dah tarik perhatian mata ku ini.Kalau la "dia" baca pasal nie.."dia" memang kena tahu yang selama ini ada insan yang memang tak cantik,tak pandai atau dalam erti kata lain "cheq sedaq diri cheq la "  memang kagum dengan segala personaliti yang ditonjolkan..Pembaca sekalian,sudah menjadi lumrah manusia yang pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan.Meskipun sentiasa terpukau dengan "dia" tapi aku tahu yang "dia" confirm akan cakap aku perasan dan yang paling penting usiaku yang muda ini..Bercinta memang tidak mempunyai erti dalam kamus hidupku ini.."dia",terima kasih kerana selama ini memberi semangat yang tinggi walau tanpa kerelaan dirimu sendiri..

Kepada "dia",jangan la risau perasaan ini cuma angan-angan bersegi karut...Biarlah perasaan ini cuma jadi arang pembakar semangat untuk mengejar cita-cita. Terima Kasih "dia" !!



CINTA ALLAH 


Column nie pulak khas untuk mengajar semua orang termasuk aku untuk mencintai Tuhan ku Yang Maha ESa..Pertama,hanya Dia yang mengenali hati,amal,sejarah dan segalanya pasal kita..Bagi diriku yang serba kekurangan nie,aku banyak belajar erti cintakan Tuhanku..Usia remaja ini memang sering memberi tamparan atau kadang-kadang tikaman kepada diriku..Setiap detik yang ku alami itu hanya aku serahkan kepada Allah..Aku tahu bahawa setiap ujian dariNya mempunyai ganjaran yang hebat..



Pembaca semua janganlah berasa hina pada diri sediri..Kalau rasa sedih pandanglah ke langit,Dia ada di sana menunggu kita memohon kekuatan dariNya.Segala yang berlaku di dunia hanya ujian dan sementara..Tiada apa yang kekal melainkan cinta kita pada Allah..







SAYANG KAMU


Ini khas untuk semua kawan-kawan ku..Terima kasih sebab selama ini tidak pernah merungut kalau bersama..Hanya Allah akan membalas semua jasa tu..Kalau masa sedih tetap ada kawan yang tolong,kalau duduk sorang-sorang masih juga ada kawan yang tegur...Kawan-kawanku yang disayang ,maafkanlah aku jika pernah terkutuk,termelawak atau apa-apa terETC.  yang menyakitkan hati hampa semua ..Diriku cuma insan biasa..yang penting AKU SAYANG KAMU....




SEKIAN...

Sunday, October 23, 2011

Aku...Kamu...Kita patut bersyukur...

Ya Allah...Macam - macam perkara berlaku di atas bumi yang tua ini. Sedih bila terkenangkan nasib manusia yang lain.Tidak perlulah membayangkan anak-anak Palestin yang dihujani peluru cukup sekadar apa yang dilihat oleh aku.


Aku melihat sekumpulan kanak-kanak yang umurnya masih muda dalam linkungan 6 atau 7 tahun sudah pun menyandang beg hitam dan memegang sebatang pen serta sebuah buku cek.Mata ini tidak menipu kepada tuannya.Allah telah mencipta mata yang sihat untukku.Anak-anak itu merayu kepada setiap orang yang lalu lalang  dengan megoncang-goncang tangan pelalu kaki lima.Apabila diserahkan kepadanya wang,anak tersebut segera mengeluarkan pen dan menulis sesuatu di atas buku cek tersebut.Lalu,dikoyaknya dan diserahkan kepada pemberi sedekah itu sekeping cek yang bertulis.Aku terlihat kasut mereka yang agak lusuh tanpa jenama dan sudah haus tapak kakinya.Kalau kita sudah tentu hanya inginkan kasut yang berjenama tinggi untuk dikhabarkan kepada semua sahabat sebagai tanda kemewahan.Bagi mereka cukup sekadar menalas tapak kaki dari lantai.



Ya Tuhan Maha Berkuasa...Aku di dalam kereta menikmati kedinginan pendingin hawa,terduduk di atas kusyen kereta yang empuk dan tidak ku pikirkan anak-anak itu kepanasan serta peluh yang membasahi muka.Masih jahil diriku ini,sudah diberikan kehidupan yang serba mencukupi tetapi masih meminta dan merungut sseakan tidak mengenang budi.Air mata mengalir di pipi ku tatkala terlihat ujian yang melanda anak-anak tersebut.



Sewaktu aku seusia mereka,mainan menjadi temanku..baju yang berjenama melapisi tubuhku..kereta kenderaan ku.Mungkin aku telah merasa pelbagai juadah yang berselera sebaliknya kepada mereka untuk meikmati makanan di restoran yangmewah.Ya Allah,kuatkanlah anak-anak itu serta kuatkanlah segala insan yang Kau uji termasuk diriku ini...Ingin aku tegaskan kita berjuta kali ganda mendapat pelbagai kemewahan yang Allah kurniakan..Tetapi masih segan mulut berkata Alhamdulillah..masih lemah tangan untuk menderma dan semakin hina untuk mata mengalirkan titisan air kesyukuran..




Ice Cream untuk kita kebiasaan..Untuk mereka??

Segala dimensi dunia tidak sempurna yang kita anggapkan..Fikirlah semula ibu bapa kita yang gigih bekerja.Penat lelah mereka merupakan titian untuk membantu kita ke arah kejayaan..JIKA SESEKALI ANDA INGINKAN SESUATAU BAHARU....INGATLAH DI LUAR SANA TERDAPAT INSAN YANG DIHIMPIT DENGAN UJIAN KEHIDUPAN..JANGAN JADIKAN NAFSUMU ITU PENUNJUK HIDUP TETAPI GUNAKANLAH CAHAYA KEIMANAN DALAM DIRI...



2011 Hidup Baru ..Cara Baru... Kawan Baru!!!

Tahun yang agak mencabar dan menguji keimanan serta kesabaran aku..AHHHHHHHHHHHHHHHHH....Kadang - kadang tak tahan jugak...Dugaan mula mengkuis diri bertubi-tubi sejak 24 12 2010..Apa nak dibuat usaha pun sudah cuma Allah cakap tak boleh mesti ada sebabnya..Yang tu kisah lama..dah jadi parut yang terubat dah..Kawan2 hampir semuanya baru..Sampai bestfriend sendiri dah ada kat kelas lain..huhu..

Mari kita perkenalkan geng baruku  di 4Sn2 pada 2011..(nama disusun mengikut abjad jangan terasa kalau nama anda di tempat terakhir..tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati..)



1.  Alya

       Kawan yang dah kenal dari form 1 lagi..Dia memang tak berubah,masih gila math dan masih benci sejarah..Tak banyak nak cakap pasal Alya nie..Dah tulis banyak dah pasal dia..Alya memang seorang yang "rajin" kerja sekolah

tak pernah tinggal..Tapi cikgu suka minta buku dia sebab dia duk depan ...Kesian Alya..hehe sebab tu lah untungnya orang duk belakang....Alya memang mengikut arus muzik..semua lagu dia tahu..Alya jangan risau pasal purdah tu..Kami akan selalu doakan Alya diberi peluang memakai Purdah..Aminn..sama-samalah kita mendoakan impian dia yang semakin berkobar..





2.        Atikah

Dia memang kawan yang agak baru..Seorang yang paling simple..Senang nak sembang dengan dia..Memang peramah..Kalau pasal homework tu tak payah la kata memang dia siap tak mcm diriku ini..Atikah satu-satunya budak asrama dia juga jadi pendengar setia rintihan kawan-kawan dia..Kira Caring la nie..Kalau pasal balik sekolah memang dia pemegang rekod terpantas sampai pintu kelas...Beg dia memang ringan kalau dibandingkan dgn Alya,ensiklopedia pun dia bawak..hehe gurau je..jgn sedih plak...






3.....Suhaida A.K.A Kak Chik
    
Kak Chik kalau sekali pandang memang pendiam..Tapi kalau dia tak puas hati memang dah macam orang lain..Dia memang salah seorang pemegang rekod juga dia siap semua kerja sekolah ..betul...kalau sembang dengan dia memang syok jugak..Sebab tu la air yang tenang jangan disangka tiada buaya..Dari gelaran tu kita memang fikir dia nie kecik ja..memang pun..muka dia mcm anak kucing  ja...Kak Chik memang rapat dgn semua org dalam kelas..dia memang selalu gelak ..tak pernah tengok kak chik sedih dan harap tak pernah tengok langsung..






4.~~  Nabilah

Jangan fikir pelik pulak kalau tengok nama dia kena potong..Tak ada niat buruk pun saja ja..(=  =)  Insan yang dah lama kenal tapi tak rapat tambah pulak duduk berjiran dalam kelas..Memang mula2 rasa kekok lepas 2 hari dah serasi sangat..Nabilah satu-satunya budak kelas Arab 1 dalam 4SN2..Dia rasa sunyi juga first-first tu..Kalau sapa tak kenal dia mesti kata sombong la,pendiam la sebanarnya tak pun ...duduk dgn dia lupa terus masalah atau tension..dia paling master buat lawak dan seronok duduk dengan dia..Kalau pi sekolah pun beg dia pun ringan..dia ada supplier buku  kat tepi dia..Tak sangka pula banyak persamaan antara kami berdua..sebab tu best dengan dia..Terbaiklah JUnsu..



Junsu..Insan yang mencuri hati Nabilah..





 5.>> Na'iemah

Gadis Melayu yang terakhir nie..hehe..Kalau bosan ka boleh join dengan dia..Lawak-lawak dia semua memang menusuk dan yang hebatnya muka dia selamba ja kalau buat lawak..Dia nie simple ja..Dia tak pernah merungut kalau kita minta tolong..Dia yang selalu offerkan pertolongan tu..Dia rapat dengan Atikah jiran berdekatannya..Kalau minta pendapat dia memang selalu elok..Dia jarang kritik orang..dia selalu minta maaf kalau dia termelawak kasar ka...Memang happening kalau kawan dengan dia..













6.  Y a $ m ! N

Gadis yang paling sporting....Dia memang berterus-terang..Dia jarang selindung sesuatu yang akan membahayakan kawan-kawan dia.Dia akan usaha sedaya upaya kalau ada kawan dia ada masalah...dia boleh jadi macam-macam...Kawan...Buat-buat jadi Lawan....Muka dia selalu senyum dia tak pernah cakap something bagi orang benci untuk budak lelaki ada la sebab bising...Dia kira macam super girl la akan tolong semua orang..Dia selalu bawa kek untuk semua orang..dia tak pernah kedekut atau marah sapa -sapa walaupun dia dlm bad mood atau benci orang tu..Yasmin...Keep it up..





7.`  Zulaika

   Bangun semua!! ...Memang benda nie ada dalam otak dia..Dia boleh dikatakan sekepala dengan Yasmin..Bezanya depa selalu ja bergaduh macam anjing dengan kucing..Dia memang boleh diharap..Minta tolong ja mesti dia buat tak salah pula tu..Dia memang tepat kalau buat kerja..ia cukup pantang kalau tak ada orang bertugas..Kan ketua kelas mestilah tegas..Budak Lelaki memang selalu kena kalau depa tak dengar cakap..Mata dia memang tajam kalau ada orang ponteng memang kena..hehe..Duduk dengan dia memang nak tergelak dengan loghat dia yang Selatan sikit..Seronok dengar bende yang berberze....hehe Gurau je tau..Jangan ambik hati tau..




Kawanku ini memang satu dalam sejuta...Banyak lagi pasal depa semua yang nak tulis dalam ni tapi lenguh tangan la..SeRonok kalau semua duduk dan sembang sama-sama..Semuanya baik dan semuanya berada dalam jagaaan Allah..Segala kesedihan akan lesap kalau bersama dengan depa semua ..Jumlah yang sikit tetapi semuanya bermakna..Persahabatan ini tak akan ku siakan...Terima Kasih Kawan-Kawan...P.S - gambar hanya ilustrasi,realitinya mereka semua bertudung..