Wednesday, December 19, 2012

Mutiara VS Manik

  SEMPURNA..Seseorang itu akan dikatakan sempurna jika dia cantik,pandai
 atau handsome.Apabila seseorang itu dilabel "sempurna" dia seumpama magnet yang akan menarik perhatian dan akan menjadi "the heart of the class".Seseorang itu mungkin akan selesa dengan kedudukannya namun tidakkah dia sedar dia cuma dinilai  dengan rupa paras dan ilmu yang tidak seberapa itu.Ingat,Allah itu Maha Bijaksana.IlmuNya amat luas jika  dibandingkan dengan kita hambaNya .

Seorang sahabatku ini sering menasihati aku untuk menjadi seperti mutiara.Mutiara yang terlindung kecantikkan di dasar laut tambahan pula dikunci rapat oleh sang tiram.Dia juga selalu berkata yang wanita seperti mutiara akan mempunyai pemuda yang benar kasih padanya dan diibaratkan seperti penyelam yang sanggup bersusah payah hanya untuk mendapatkan sebutir mutiara yang indah.Bagaikan mutiara itu yang selalu diingatan ku apabila terdapat seglintir manusia seakan-akan menganggap aku seperti tidak wujud.Sedar akan hakikat itu,aku lebih gemar menyendiri dan sahabatku itu tidak putus-putus ingin mengukir senyuman di wajahku.Sekian lama,aku sudah masak dengan keadaan sebegini.Aku sedar akan tujuanku hidup untuk mendapat perhatian Illahi bukannya perhatian orang.Kadang-kadang apabila bersama insan-insan yang sering dipandang orang imanku akan diuji dengan ujian ketahanan tahap tinggi.Aku hanya mampu selawat dan istighfar memanggil-manggil cinta sejatiku di atas sana.Hanya Dia yang mampu meredakan kesedihan dihatiku ini.


  Istilah manik pula dikeluarkan untuk insan yang hanya dikenali kerana penampilan luaran sahaja bukan kerana  dalamannya.Sama juga dengan pemuda yang mencintai  wanita seperti manik,dia tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk  memilikinya.Diibaratkan dengan lambakan manik di dunia,begitu jugalah dengan lambakan wanita-wanita yang ingin berpura-pura ataupun mempunyai kecantikan yang "palsu".

Saudari-saudari yang disayangi jadikanlah dirimu seperti mutiara yang keindahannya hanya akan terselah kepada sesiapa yang mengenalinya sebaik mungkin.Kecantikkan hanya mampu dinilai oleh mata-mata yang tertentu sahaja.Bukan sebarangan insan dapat milikinya kerana dia sentiasa dalam jagaan Tuhannya.Berbanggalah anda jika anda sebutir mutiara di dunia ini...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.