Tuesday, November 22, 2011

Salahkah??

                                                   AssalaMualaikum


 
Peristiwa yang bakal diceritakan ini memang mencabar keimanan dan kesabaran..Walaupun dah lama berlalu impaknya masih ada.Ceritanya bermula apabila ibuku membawa aku dan family pergi kenduri dekat-dekat Kedah la jugak.Aku Ok je ,pakai semua macam biasa.Dah sampai ja kat sana biasalah semua pasti terkejut tengok aku yang berlainan banyak nie.

Lepas dah makan tu,memang menjadi kewajipan la tengok bilik pengatin.Pemakaian stoking dah serasi dengan diriku ini.Masa buka kasut tu ramai yang perasan aku pakai stoking koko yang ada corak bunga.Ya Allah,aku dianggap seperti makhluk asing kat rumah kenduri tu.Bila aku lalu ja,mata depa mesti tengok kaki pasti buat muka pelik..Malunya...Aku buat salah ka?? Pakai stoking pun jadi masalah....Aku pun cuba buat-buat tak nampak je la...




Lepas kenduri tu,ramai la orang heboh cakap aku nie pelik la pakai stoking ,tudung labuh dan pakai sarung tangan...Yang muncul persoalannya kenapa yang benar itu menjadi pelik dan yang salah tu menjadi kebiasaan..Pembacaku sekalian janganlah melengahkan masa untuk bertaubat..Maut tidak mengenal erti kasihan,pada bila-bila masa dia akan  datang tanpa dijemput pulak tu..Kepada kawan-kawanku yang masing tersesat dalam hutan dosa,janganlah bimbang cahaya keampunan pasti muncul jika diri menginginkannya..Tak salah untuk berfesyen tapi jangan lupa tujuan sebenar kita di muka bumi ini..TIADA SESIAPA YANG SEMPURNA,SETIAP MANUSIA PASTI MELAKUKAN DOSA(termasuk saya) TIDAK KIRA TUA ATAU MUDA,KEIMANAN KADANG KALA AKAN TERUSIK JUGA..SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH DAN DISINARI CAHAYA KETAQWAAN..AMIIIN


Monday, November 21, 2011

Suka dia...Cinta Allah..Sayang kamu...

A  S  S  A  L  A   M  U  A  L  A  I  K  U   M




SUKA DIA

Dengan nama Allah...huh..Benda nie memang private la jugak tapi di atas niat berdakwah,apa pun boleh.InsyaAllah.Column nie cuma nak cerita pasal seorang budak yang memang dah tarik perhatian mata ku ini.Kalau la "dia" baca pasal nie.."dia" memang kena tahu yang selama ini ada insan yang memang tak cantik,tak pandai atau dalam erti kata lain "cheq sedaq diri cheq la "  memang kagum dengan segala personaliti yang ditonjolkan..Pembaca sekalian,sudah menjadi lumrah manusia yang pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan.Meskipun sentiasa terpukau dengan "dia" tapi aku tahu yang "dia" confirm akan cakap aku perasan dan yang paling penting usiaku yang muda ini..Bercinta memang tidak mempunyai erti dalam kamus hidupku ini.."dia",terima kasih kerana selama ini memberi semangat yang tinggi walau tanpa kerelaan dirimu sendiri..

Kepada "dia",jangan la risau perasaan ini cuma angan-angan bersegi karut...Biarlah perasaan ini cuma jadi arang pembakar semangat untuk mengejar cita-cita. Terima Kasih "dia" !!



CINTA ALLAH 


Column nie pulak khas untuk mengajar semua orang termasuk aku untuk mencintai Tuhan ku Yang Maha ESa..Pertama,hanya Dia yang mengenali hati,amal,sejarah dan segalanya pasal kita..Bagi diriku yang serba kekurangan nie,aku banyak belajar erti cintakan Tuhanku..Usia remaja ini memang sering memberi tamparan atau kadang-kadang tikaman kepada diriku..Setiap detik yang ku alami itu hanya aku serahkan kepada Allah..Aku tahu bahawa setiap ujian dariNya mempunyai ganjaran yang hebat..



Pembaca semua janganlah berasa hina pada diri sediri..Kalau rasa sedih pandanglah ke langit,Dia ada di sana menunggu kita memohon kekuatan dariNya.Segala yang berlaku di dunia hanya ujian dan sementara..Tiada apa yang kekal melainkan cinta kita pada Allah..







SAYANG KAMU


Ini khas untuk semua kawan-kawan ku..Terima kasih sebab selama ini tidak pernah merungut kalau bersama..Hanya Allah akan membalas semua jasa tu..Kalau masa sedih tetap ada kawan yang tolong,kalau duduk sorang-sorang masih juga ada kawan yang tegur...Kawan-kawanku yang disayang ,maafkanlah aku jika pernah terkutuk,termelawak atau apa-apa terETC.  yang menyakitkan hati hampa semua ..Diriku cuma insan biasa..yang penting AKU SAYANG KAMU....




SEKIAN...