Thursday, March 8, 2012

Hanya Sama Di SisiNya



      Assalamualaikum....minggu exam baru2 nie memang penat....AstaghfiruLLAH,ujian baru sedikit tapi keluh kesah ku mcm jeneral askar perang..Hehehe..Hidup ini memang mencabar dari semua sudut...Atas,bawah,kiri atau kanan mana-mana darjah sekalipun,mulut manusia nie memang suka mengkritik ciptaan Allah yang sudah kita ketahui tiada cacat celanya...Memang agak susah jikalau kita dikurniakan sesuatau yang  berbeza dengan orang lain...Antaranya ialah ketinggian,saiz badan ,warna kulit ataupun rupa wajah....Benda-benda ini lah yang selalu menjadi bahan ejekan untuk seseorang..Peliknya,kebanyakkan kita melihat ciptaan Tuhan dari mata nafsu bukanya mata hati ataupun mata akal...Akal yang diterima untuk berfikir bukanya menilai perwatakan seseorang yang tiada kena mengenanya dengan diri sendiri..

    Maksud yang tersirat dalam ayat "Hanya Sama Di SisiNya" ialah kita sama sahaja di sisi Allah tetapi yang membezakan darjat seseorang itu adalah amal ibadatnya..Nah,lihat kan....Allah itu Maha Adil...Kalau Sang Pencipta mengatakan setiap ciptaanNya sama tapi kenapa kita asyik membeza-bezakan setiap manusia yang hanya sama sahaja dengan diri kita..


          Cuba kita bayangkan kepompong yang tergantung di dahan sebuah anak pokok yang masih renek.Kepompong atau lebih dikenali sebagi pupae dilihat sebagai sesuatu yang tidak menarik hati kerana warnanya yang putih ataupun kadangkala pudar.Siapa yang menjangka akan keluarnya seekor kupu-kupu yang cantik warnanya terbang menghinggap bunga-bunga di taman.Hanya insan yang melihat dari mata hati akan mengatakan kepompong itu indah dan menarik hati kerana hasil ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.

Kupu -kupu sering menjadi sesuatu yang ingin disimpan tetapi kepompong??







Akhir kata,janganlah kita terlalu memikirkan pandangan orang terhadap diri kita.Apa yang penting,hidup di dunia ini dengan satu misi iaitu ke syurga yang kekal abadi.Di syurga nanti semuanya kan menjadi indah belaka sejuta kali indah daripada seekor kupu-kupu.wasallam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.