Thursday, July 28, 2011

Maafkanlah Diriku...Dengarlah Ini..

  Assalamualaikum kepada semua insan yang membaca ini...Post ini khas untuk semua rakan-rakan yang disayangi..Rakanku ingin aku melihat dirimu semua menjadi seorang insan yang dilindungi Allah..Kita semua mungkin jarang bertemu atau berbicara tetapi kita tetap menjalin ikatan sahabat.Aku ingin kau kembali ke pangkal jalan sekiranya selama ini dikau jauh dari Illahi.Ingatlah Allah Maha Pengampun ,basahkanlah lidah mu dengan zikir taubat.Aku tidak sanggup melihat rakanku diseksa samaada di dunia mahupun akhirat.Ikatan ukhuwah tetap terjalin walaupun nilai ketaqwaan yang berbeza...



Sahabatku...

   Mungkin dikau berada berbatu-batu jauh dari ku aku akan selalu mendoakan dirimu..InsayaAllah kita akan bertemu...Ramadhan bakal menjelang dan aku masih belum memohon kemaafan kepada semua rakanku.Mungkin kita tidak tersedar kadangkala muncul hasad dalam diri akan tertimbulnya perbuatan menjurus perlakuan dosa.Di dalam dunia ini tiada sesiapa yang sempurna kecuali Nabi Muhammad SAW.Semua insan yang aku kenali serta sayangi sebolehnya berhijrahlah dirimu menjadi seorang yang lebih beriman.Jangan pula engkau fikirkan diriku sebagai penggangu minda tidakkah Islam itu agama yang saling nasihat menasihati..

Berubahlah....

  Sebagai manusia yang tidak jemu melakukan dosa aku juga merasakan diriku amat berdosa kepada kamu semua.Seperti sebiji buah yang cantik kulitnya tidak semestinya manis isi di dalamnya.Aku ingin menjadikan permulaan Ramadhan ini sebagai titik untuk kita semua berubah.Aku ingin memohon kemaafan jika sebelum ini aku tersengaja menyakitkan hatimu atau mungkin mengutuk dirimu..Hanya Allah yang tahu setiap amalan dan perbuatan kita..Aku tidak ingin mengatakan diriku sempurna semua orang mempunyai sisi gelap tersendiri.Ingatlah kita bukan nabi yang suci seperti kain putih.Bukalah ruang di
hatimu untuk membenarkan Islam tertampal dengan kekalnya. 

   Aku amat berharap semua insan yang menganggap aku sebagai rakan mereka membaca post ini.Aku memohon pertolongan agar sebarkanlah ini kepada semua rakanku mungkin aku telah banyak berdosa kepada mereka semua..Tatkala bunga yang mekar dan indah pernah juga mengalami harinya sebagai bunga yang layu samalah kita yang semestinya  melakukan dosa..Tetapi yang pentingnya pintu taubat sentiasa terbuka..Jangan biarkan nyawa di kerongkong baru tibanya rasa ingin taubat..Maut tidak mengenal erti usia dan tidak memerlukan jemputan bersamanya...Maafkanlah aku jika perkataan "MAAF" dianggap seprti pengacau tidakkah memaafkan itu mulia di sisi Islam?? Maafkan lah semua insan di sekeliling anda walaupun insan itu malu untuk memohon kemaafan kepada kita..


I'm a big big girl

  Assalamualaikum....boleh dikatakan lagu Big Big Girl diketahui oleh semua perempuan..Mungkin disebabkan maksud lirik yang mendalam ataupun rentak melodi yang mengasyikkan..Apapun lagu itu mengisahkan seorang perempuan yang matang dan dewasa walaupun telah ditinggalkan kekasihnya..Tapi bukan itu mesej yang ingin disampaikan dalam post ini.Usia pun dah meningkatkan perubahan hormon yang mendadak ..Zaman persekolahn menengah mejadi medan untuk bertarung dengan askar kerajaan Gelapovia yang dipimpin Jeneral Cinta,Kapten Malas dan Sarjan Nafsu.Bilangan askar yang ramai dan strategi yang boleh mengalahkan insan dari segi emosi mahupun fizikal.

Askar yang berada dalam diri kita sudah pun kuat tetapi tidak dilatih dengan baik.Panglima Taqwa pun tidak kurang hebatnya jika dilatih di Akademi Ibadah Tinggi yang kini semakin kurang penuntutnya.Ramai remaja terpedaya dengan skuad Jeneral Cinta.Mungkin disebabkan dengan perasaan ingin mencuba dalam diri seorang remaja.Jikalau anda mungkin sudah masuk perangkap Jeneral Cinta,bayangkanlah kedua wajah ibu dan ayah kita yang selalu memberikan sokongan hanya untuk melihat kita berja.Titik peluh yang keluar akibat bekerja di siang hari tentunya dianggap sia-sia jika kita asyik dilamun khyalan percintaan.Tetapi kalau itu yang anda fikir terbaik terserahlah.keputusan berada di tangan sendiri.

Kejayaan Jeneral Cinta
Perasaan sedih telah memukul diriku bertubi-tubi.Saiz badanku yang gempal menjadi salah satu punca air mataku mengalir.Aku tidak mengerti mengapa terdapat segelintir hamba Allah yang gemar mengelarkan seseorang.Tidak sedarkah mereka mengejek sesuatu yang dicipta Illahi.Aku amat mengerti perasaan segilintir gadis yang ingin dilayan seperti biasa.Aku tidak kisah apa yang ingin mereka katakan.Terpulang pada hati masing-masing,mungkin aku tersenyum melihat diriku diketawakan tetapi hatiku meraung sekuatnya.Akhirnya aku reset balik mindaku bahawa cintaku hanya untuk Allah Yang Maha Esa.Akan ku jadikan zikirku ucapan manis kepada Tuhanku.Allah yang menciptakan diriku,mengetahui segala yang berlaku ke atas ku dan dialah akan aku cintai.Mulai saat sekarang sesiapa yang mengejek diriku teruskanlah perbuatan mu itu sesungguhnya Tuhan ada di atas sana memerhatikan dirimu itu.Bagi semua gadis diluar sana tetapkanlah minda semula jika mempunyai perasaan ingin bercinta.Umur ini merupakan masa membina mahligai kehidupan masa hadapan bukan waktu mencari jodoh sejati.Menangkanlah kerajaan Cerahovia dalam diri ini..