Thursday, April 11, 2013

Awak..awak...awak..


  Plup..Chat dgn awak mmg seronok sbb awak BFF saya.Saya kenal awak dari form 1.Tak sangka awak jadi kwn baik sy kan.Awak tau hati sy cepat sedih tentang sesuatu prkara.Jadi awak tak sbut langsung tentang perkara tu.Awak mesti selalu sokong saya.Tapi awak serapat-rapat kita akan ada juga dinding perbezaan diantara kita.Saya harap sangat awak masih kawan dgn saya walaupun pendapat kita akan bercanggah kadangkala.Awak pun berbeza dgn awak-awak yg lain.(Bnyknya awak)

Ada awak yg tak berapa rapat dgn saya.Dia suka sebut perkara yg paling sy sensitif.Saya tak salahkan dia tapi nasib baik dia dapat faham tentang diri saya yg cukup sensitif tentang sesetengah isu.Ramai jugak 'dia' ni.Dia mungkin tak sama dgn awak.Tapi saya cuma nak beritahu yg saya takut nak tinggalkan sahabat macam awak.Awak memang hebat dan kadang-kadang saya rasa tak layak jadi sahabat awak.Awak mcm 'Batman',saya cuma 'Robin'.Sidekick kat tepi awak saja.

Saya tak macam awak.Awak macam sempurna di mata saya.Awak magnet.Saya cuma habuk,selalu dipinggirkan.Tapi awak yang selalu cari saya.Saya masih mencari keistimewaan saya di mata awak.Saya kawan dgn awak kerana Allah.Mungkin kadang-kadang awak terlampau bercahaya membuatkan saya malu berkawan dgn awak.Ramai org kenal awak tapi tak kenal saya.Ramai yang suka awak tapi tak suka saya.Tapi tapi tapi awak masih suka jadi kawan saya.

Saya takut ke dunia realiti tanpa awak.Ramai org tak kenal saya mcm awak kenal saya.Tapi awak bantu saya kenal Allah dgn lebih dalam.Allah yang akan bantu saya dalam apa jua masalah yang saya hadapi.Maafkan saya ya awak..Saya selalu cemburu dgn awak tapi awak selalu sayang saya.Tak mungkin saya jumpa kawan lain macam awak..Saya sayang awak...

Cantik = Subjektif

"Wow! cantiknya dia..."

Pujian yg jarang sekali didengari.Lagipun pujian itu racun,kritikan itu ubat.Tapi fitrah sbg manusia ingin disayangi ttap ada dlm diriku ini.Bagiku kecantikkan itu sukar dilihat dgn mata kerana cantik itu lahir dari dalam hati manusia.Segelintir manusia masih lagi brfikir cantik itu prlu dilihat mahupun ditambah.Muka rasa kusam,jgn risau gunalah produk 'A&B' mesti ramai masuk meminang nanti.Bencinya statement tu,asal cantik ja terus ada org masuk meminang.Iman?? Tak nak ke guna iman sbg modal untuk dipinang.


Hati selalu bermonolog takut kalau-kalau tiada siapa yg ingin masuk meminang.Tapi aku memang lupa selalu lupa akan janji Dia.."Wanita yg solehah hanya untuk lelaki yg soleh"....Dia dah janji.Kenapa aku takut?..Tapi,aku bukan wanita solehah..Dosaku bukan sikit tapi banyak.Masih belum ditambah dgn kelalaian aku setiap hari..Blum didarab lagi dgn lewat aku untuk menunaikan solat..Ya Allah,aku sedar akan kekerdilan diriku ini.Namun aku percaya dgn jaminanMu,aku senang dgn perancanganMu untukku..

Aku hanya perlukan Kau didalam hatiku yg gelap ini ya Allah.Aku biarkan Kau mengawal kapalku di lautan kehidupanku yg luas ini.Aku yakin Kau telah simpan seseorang yg istimewa untukku.Kerana hatiku yakin akan semua janjiMu.Dan pada waktu ini hanya Kau di dlm hatiku.

    "Cintakan manusia,manusia akan pergi,
               Cintakan bunga,bunga akan layu,
                         Cintakan Allah,kekal abadi"

Thursday, January 24, 2013

Brooch Colleozi

BLUEBLOOM  MODE







Brooch:
FRB01
 
 
FFB01

 
RR01
 
BLUE BLOOM MODE
RL01
 
FRB02


 
 Backside Of Brooch
 
Ada 2 jenis pin brooch:
1.Pin Badge
2.Standard Pin

 
 
 
Jika  buat tempahan,anda boleh pilih jenis ribbon,design dan jenis brooch..Price: RM 1
 
 

Wednesday, December 19, 2012

Mutiara VS Manik

  SEMPURNA..Seseorang itu akan dikatakan sempurna jika dia cantik,pandai
 atau handsome.Apabila seseorang itu dilabel "sempurna" dia seumpama magnet yang akan menarik perhatian dan akan menjadi "the heart of the class".Seseorang itu mungkin akan selesa dengan kedudukannya namun tidakkah dia sedar dia cuma dinilai  dengan rupa paras dan ilmu yang tidak seberapa itu.Ingat,Allah itu Maha Bijaksana.IlmuNya amat luas jika  dibandingkan dengan kita hambaNya .

Seorang sahabatku ini sering menasihati aku untuk menjadi seperti mutiara.Mutiara yang terlindung kecantikkan di dasar laut tambahan pula dikunci rapat oleh sang tiram.Dia juga selalu berkata yang wanita seperti mutiara akan mempunyai pemuda yang benar kasih padanya dan diibaratkan seperti penyelam yang sanggup bersusah payah hanya untuk mendapatkan sebutir mutiara yang indah.Bagaikan mutiara itu yang selalu diingatan ku apabila terdapat seglintir manusia seakan-akan menganggap aku seperti tidak wujud.Sedar akan hakikat itu,aku lebih gemar menyendiri dan sahabatku itu tidak putus-putus ingin mengukir senyuman di wajahku.Sekian lama,aku sudah masak dengan keadaan sebegini.Aku sedar akan tujuanku hidup untuk mendapat perhatian Illahi bukannya perhatian orang.Kadang-kadang apabila bersama insan-insan yang sering dipandang orang imanku akan diuji dengan ujian ketahanan tahap tinggi.Aku hanya mampu selawat dan istighfar memanggil-manggil cinta sejatiku di atas sana.Hanya Dia yang mampu meredakan kesedihan dihatiku ini.


  Istilah manik pula dikeluarkan untuk insan yang hanya dikenali kerana penampilan luaran sahaja bukan kerana  dalamannya.Sama juga dengan pemuda yang mencintai  wanita seperti manik,dia tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk  memilikinya.Diibaratkan dengan lambakan manik di dunia,begitu jugalah dengan lambakan wanita-wanita yang ingin berpura-pura ataupun mempunyai kecantikan yang "palsu".

Saudari-saudari yang disayangi jadikanlah dirimu seperti mutiara yang keindahannya hanya akan terselah kepada sesiapa yang mengenalinya sebaik mungkin.Kecantikkan hanya mampu dinilai oleh mata-mata yang tertentu sahaja.Bukan sebarangan insan dapat milikinya kerana dia sentiasa dalam jagaan Tuhannya.Berbanggalah anda jika anda sebutir mutiara di dunia ini...


Thursday, March 8, 2012

Hanya Sama Di SisiNya



      Assalamualaikum....minggu exam baru2 nie memang penat....AstaghfiruLLAH,ujian baru sedikit tapi keluh kesah ku mcm jeneral askar perang..Hehehe..Hidup ini memang mencabar dari semua sudut...Atas,bawah,kiri atau kanan mana-mana darjah sekalipun,mulut manusia nie memang suka mengkritik ciptaan Allah yang sudah kita ketahui tiada cacat celanya...Memang agak susah jikalau kita dikurniakan sesuatau yang  berbeza dengan orang lain...Antaranya ialah ketinggian,saiz badan ,warna kulit ataupun rupa wajah....Benda-benda ini lah yang selalu menjadi bahan ejekan untuk seseorang..Peliknya,kebanyakkan kita melihat ciptaan Tuhan dari mata nafsu bukanya mata hati ataupun mata akal...Akal yang diterima untuk berfikir bukanya menilai perwatakan seseorang yang tiada kena mengenanya dengan diri sendiri..

    Maksud yang tersirat dalam ayat "Hanya Sama Di SisiNya" ialah kita sama sahaja di sisi Allah tetapi yang membezakan darjat seseorang itu adalah amal ibadatnya..Nah,lihat kan....Allah itu Maha Adil...Kalau Sang Pencipta mengatakan setiap ciptaanNya sama tapi kenapa kita asyik membeza-bezakan setiap manusia yang hanya sama sahaja dengan diri kita..


          Cuba kita bayangkan kepompong yang tergantung di dahan sebuah anak pokok yang masih renek.Kepompong atau lebih dikenali sebagi pupae dilihat sebagai sesuatu yang tidak menarik hati kerana warnanya yang putih ataupun kadangkala pudar.Siapa yang menjangka akan keluarnya seekor kupu-kupu yang cantik warnanya terbang menghinggap bunga-bunga di taman.Hanya insan yang melihat dari mata hati akan mengatakan kepompong itu indah dan menarik hati kerana hasil ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.

Kupu -kupu sering menjadi sesuatu yang ingin disimpan tetapi kepompong??







Akhir kata,janganlah kita terlalu memikirkan pandangan orang terhadap diri kita.Apa yang penting,hidup di dunia ini dengan satu misi iaitu ke syurga yang kekal abadi.Di syurga nanti semuanya kan menjadi indah belaka sejuta kali indah daripada seekor kupu-kupu.wasallam

Tuesday, November 22, 2011

Salahkah??

                                                   AssalaMualaikum


 
Peristiwa yang bakal diceritakan ini memang mencabar keimanan dan kesabaran..Walaupun dah lama berlalu impaknya masih ada.Ceritanya bermula apabila ibuku membawa aku dan family pergi kenduri dekat-dekat Kedah la jugak.Aku Ok je ,pakai semua macam biasa.Dah sampai ja kat sana biasalah semua pasti terkejut tengok aku yang berlainan banyak nie.

Lepas dah makan tu,memang menjadi kewajipan la tengok bilik pengatin.Pemakaian stoking dah serasi dengan diriku ini.Masa buka kasut tu ramai yang perasan aku pakai stoking koko yang ada corak bunga.Ya Allah,aku dianggap seperti makhluk asing kat rumah kenduri tu.Bila aku lalu ja,mata depa mesti tengok kaki pasti buat muka pelik..Malunya...Aku buat salah ka?? Pakai stoking pun jadi masalah....Aku pun cuba buat-buat tak nampak je la...




Lepas kenduri tu,ramai la orang heboh cakap aku nie pelik la pakai stoking ,tudung labuh dan pakai sarung tangan...Yang muncul persoalannya kenapa yang benar itu menjadi pelik dan yang salah tu menjadi kebiasaan..Pembacaku sekalian janganlah melengahkan masa untuk bertaubat..Maut tidak mengenal erti kasihan,pada bila-bila masa dia akan  datang tanpa dijemput pulak tu..Kepada kawan-kawanku yang masing tersesat dalam hutan dosa,janganlah bimbang cahaya keampunan pasti muncul jika diri menginginkannya..Tak salah untuk berfesyen tapi jangan lupa tujuan sebenar kita di muka bumi ini..TIADA SESIAPA YANG SEMPURNA,SETIAP MANUSIA PASTI MELAKUKAN DOSA(termasuk saya) TIDAK KIRA TUA ATAU MUDA,KEIMANAN KADANG KALA AKAN TERUSIK JUGA..SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH DAN DISINARI CAHAYA KETAQWAAN..AMIIIN


Monday, November 21, 2011

Suka dia...Cinta Allah..Sayang kamu...

A  S  S  A  L  A   M  U  A  L  A  I  K  U   M




SUKA DIA

Dengan nama Allah...huh..Benda nie memang private la jugak tapi di atas niat berdakwah,apa pun boleh.InsyaAllah.Column nie cuma nak cerita pasal seorang budak yang memang dah tarik perhatian mata ku ini.Kalau la "dia" baca pasal nie.."dia" memang kena tahu yang selama ini ada insan yang memang tak cantik,tak pandai atau dalam erti kata lain "cheq sedaq diri cheq la "  memang kagum dengan segala personaliti yang ditonjolkan..Pembaca sekalian,sudah menjadi lumrah manusia yang pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan.Meskipun sentiasa terpukau dengan "dia" tapi aku tahu yang "dia" confirm akan cakap aku perasan dan yang paling penting usiaku yang muda ini..Bercinta memang tidak mempunyai erti dalam kamus hidupku ini.."dia",terima kasih kerana selama ini memberi semangat yang tinggi walau tanpa kerelaan dirimu sendiri..

Kepada "dia",jangan la risau perasaan ini cuma angan-angan bersegi karut...Biarlah perasaan ini cuma jadi arang pembakar semangat untuk mengejar cita-cita. Terima Kasih "dia" !!



CINTA ALLAH 


Column nie pulak khas untuk mengajar semua orang termasuk aku untuk mencintai Tuhan ku Yang Maha ESa..Pertama,hanya Dia yang mengenali hati,amal,sejarah dan segalanya pasal kita..Bagi diriku yang serba kekurangan nie,aku banyak belajar erti cintakan Tuhanku..Usia remaja ini memang sering memberi tamparan atau kadang-kadang tikaman kepada diriku..Setiap detik yang ku alami itu hanya aku serahkan kepada Allah..Aku tahu bahawa setiap ujian dariNya mempunyai ganjaran yang hebat..



Pembaca semua janganlah berasa hina pada diri sediri..Kalau rasa sedih pandanglah ke langit,Dia ada di sana menunggu kita memohon kekuatan dariNya.Segala yang berlaku di dunia hanya ujian dan sementara..Tiada apa yang kekal melainkan cinta kita pada Allah..







SAYANG KAMU


Ini khas untuk semua kawan-kawan ku..Terima kasih sebab selama ini tidak pernah merungut kalau bersama..Hanya Allah akan membalas semua jasa tu..Kalau masa sedih tetap ada kawan yang tolong,kalau duduk sorang-sorang masih juga ada kawan yang tegur...Kawan-kawanku yang disayang ,maafkanlah aku jika pernah terkutuk,termelawak atau apa-apa terETC.  yang menyakitkan hati hampa semua ..Diriku cuma insan biasa..yang penting AKU SAYANG KAMU....




SEKIAN...