"Wow! cantiknya dia..."
Pujian yg jarang sekali didengari.Lagipun pujian itu racun,kritikan itu ubat.Tapi fitrah sbg manusia ingin disayangi ttap ada dlm diriku ini.Bagiku kecantikkan itu sukar dilihat dgn mata kerana cantik itu lahir dari dalam hati manusia.Segelintir manusia masih lagi brfikir cantik itu prlu dilihat mahupun ditambah.Muka rasa kusam,jgn risau gunalah produk 'A&B' mesti ramai masuk meminang nanti.Bencinya statement tu,asal cantik ja terus ada org masuk meminang.Iman?? Tak nak ke guna iman sbg modal untuk dipinang.
Hati selalu bermonolog takut kalau-kalau tiada siapa yg ingin masuk meminang.Tapi aku memang lupa selalu lupa akan janji Dia.."Wanita yg solehah hanya untuk lelaki yg soleh"....Dia dah janji.Kenapa aku takut?..Tapi,aku bukan wanita solehah..Dosaku bukan sikit tapi banyak.Masih belum ditambah dgn kelalaian aku setiap hari..Blum didarab lagi dgn lewat aku untuk menunaikan solat..Ya Allah,aku sedar akan kekerdilan diriku ini.Namun aku percaya dgn jaminanMu,aku senang dgn perancanganMu untukku..
Aku hanya perlukan Kau didalam hatiku yg gelap ini ya Allah.Aku biarkan Kau mengawal kapalku di lautan kehidupanku yg luas ini.Aku yakin Kau telah simpan seseorang yg istimewa untukku.Kerana hatiku yakin akan semua janjiMu.Dan pada waktu ini hanya Kau di dlm hatiku.
"Cintakan manusia,manusia akan pergi,
Cintakan bunga,bunga akan layu,
Cintakan Allah,kekal abadi"

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.