Thursday, July 28, 2011

I'm a big big girl

  Assalamualaikum....boleh dikatakan lagu Big Big Girl diketahui oleh semua perempuan..Mungkin disebabkan maksud lirik yang mendalam ataupun rentak melodi yang mengasyikkan..Apapun lagu itu mengisahkan seorang perempuan yang matang dan dewasa walaupun telah ditinggalkan kekasihnya..Tapi bukan itu mesej yang ingin disampaikan dalam post ini.Usia pun dah meningkatkan perubahan hormon yang mendadak ..Zaman persekolahn menengah mejadi medan untuk bertarung dengan askar kerajaan Gelapovia yang dipimpin Jeneral Cinta,Kapten Malas dan Sarjan Nafsu.Bilangan askar yang ramai dan strategi yang boleh mengalahkan insan dari segi emosi mahupun fizikal.

Askar yang berada dalam diri kita sudah pun kuat tetapi tidak dilatih dengan baik.Panglima Taqwa pun tidak kurang hebatnya jika dilatih di Akademi Ibadah Tinggi yang kini semakin kurang penuntutnya.Ramai remaja terpedaya dengan skuad Jeneral Cinta.Mungkin disebabkan dengan perasaan ingin mencuba dalam diri seorang remaja.Jikalau anda mungkin sudah masuk perangkap Jeneral Cinta,bayangkanlah kedua wajah ibu dan ayah kita yang selalu memberikan sokongan hanya untuk melihat kita berja.Titik peluh yang keluar akibat bekerja di siang hari tentunya dianggap sia-sia jika kita asyik dilamun khyalan percintaan.Tetapi kalau itu yang anda fikir terbaik terserahlah.keputusan berada di tangan sendiri.

Kejayaan Jeneral Cinta
Perasaan sedih telah memukul diriku bertubi-tubi.Saiz badanku yang gempal menjadi salah satu punca air mataku mengalir.Aku tidak mengerti mengapa terdapat segelintir hamba Allah yang gemar mengelarkan seseorang.Tidak sedarkah mereka mengejek sesuatu yang dicipta Illahi.Aku amat mengerti perasaan segilintir gadis yang ingin dilayan seperti biasa.Aku tidak kisah apa yang ingin mereka katakan.Terpulang pada hati masing-masing,mungkin aku tersenyum melihat diriku diketawakan tetapi hatiku meraung sekuatnya.Akhirnya aku reset balik mindaku bahawa cintaku hanya untuk Allah Yang Maha Esa.Akan ku jadikan zikirku ucapan manis kepada Tuhanku.Allah yang menciptakan diriku,mengetahui segala yang berlaku ke atas ku dan dialah akan aku cintai.Mulai saat sekarang sesiapa yang mengejek diriku teruskanlah perbuatan mu itu sesungguhnya Tuhan ada di atas sana memerhatikan dirimu itu.Bagi semua gadis diluar sana tetapkanlah minda semula jika mempunyai perasaan ingin bercinta.Umur ini merupakan masa membina mahligai kehidupan masa hadapan bukan waktu mencari jodoh sejati.Menangkanlah kerajaan Cerahovia dalam diri ini..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.